25 April, 2008

F6

前几天在Kementerian Pelajaran Malaysia website得知五月六号可以在网上查看能不能进F6,而F6五月十二号开课。。。

Tarikh pendaftaran tingkatan enam bawah bagi tahun 2008 ialah pada 12 Mei 2008.
Semakan keputusan kemasukan ke tingkatan enam bermula pada 6 Mei 2008 di laman web http://www.moe.gov.my
Sila klik untuk memuat-turun syarat-syarat permohonan dan borang permohonan ke tingkatan enam:

* Syarat-syarat Kelayakan Masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2008 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan
* Borang Rayuan Permohonan memasuki Tingkatan Enam Bawah 2007 bagi calon Sekolah Kerajaan Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK)
* Borang Permohonan memasuki Tingkatan Enam Bawah 2007 bagi calon persendirian & sekolah swasta (T6BCP)


Sila berhubung dengan Jabatan Pelajaran negeri masing-masing untuk maklumat lanjut:

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor

Jabatan Pelajaran Negeri Johor
Wisma Pendidikan,
Jln Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor

Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jln Stadium
05100 Alor Setar, Kedah

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu, Terengganu

Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh, Perak

Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak
01990 Kangar, Perlis

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan

Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang
75902 Melaka

Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan, Pahang

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu
Kelantan

Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Tingkat 1 , Blok C, Bangunan KWSP,
Jalan Karamunsing,
88604 Kota Kinabalu, Sabah

Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
Bangunan Tun Datuk Patinggi,
Tuanku Haji Bujang, Jln Simpang Tiga,
98604 Kuching, Sarawak

Jabatan Pelajaran WP Labuan
Jalan Mohamed Salleh,
Peti Surat No 81097, 87020 WP Labuan

Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta,
50604 Kuala Lumpur

Jabatan Pelajaran WP Putrajaya
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir
11700 Pulau Pinang

这证实了我朋友讲得没错,在F6开课前一个星期才知道能不能进F6。。。真的很够力,开学前个星期才知道,那不是很赶吗?又要买衣服,鞋子等等。。。对了,那边还有写进f6的syarat,看了那syarat,我要进f6应该没问题。

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK
KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2008
DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2008 hendaklah memenuhi keempat-empat syarat berikut:

1. Lulus peperiksaan SPM 2007 dengan memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi jumlah agregat tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

II Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris

III Sejarah

IV Geografi / Pendidikan Seni

V Pendidikan Islam / Pendidikan Moral

VI Matematik / Matematik Tambahan / Sains /
Sains Tambahan

VII Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

VIII Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al
Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

IX Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) /
Bahasa Cina / Bahasa Tamil

X Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah agregat 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperolehi sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah agregat yang tidak melebihi 18 unit bagi mata pelajaran SAINS terbaik di mana tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan/
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal /
Pengajian Kejuruteraan Awam /
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik /
Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan /
Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2008.

4. Bagi murid yang pernah melangkau kelas umur calon adalah tidak kurang daripada 16 tahun pada 1 Januari 2008.

No comments: